Lawa Ker?? - Kakitangan Gereja Mahu Jamin Model Separuh Bogel

loading...

Lawa Ker?? - Kakitangan Gereja Mahu Jamin Model Separuh Bogel | Mentang2 kau model sesuka hati jer nak tunjuk kau punya cantik,gebu?? Model separuh bogel, Persana Avril Sollunda yg dibawa ke Penjara Wanita Kajang kelmarin selepas tiada individu tampil membayar wang ikat jaminnya kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam dilapor akan diikat jamin oleh kakitangan sebuah gereja.

Laporan Kosmo! menyebut, menurut sumber, kakitangan sebuah gereja terletak di ibu kota tersebut akan hadir ke Mahkamah Majistret hari ini bagi menjamin wanita tersebut daripada terus meringkuk dalam penjara.

Bagaimanapun menurut sumber tersebut, identiti kakitangan gereja yang mahu membantu wanita itu masih belum dapat dikenal pasti.

Persana Avril atau nama pentasnya Shana Avril dihadapkan ke mahkamah sama kelmarin atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling, Dang Wangi di sini pada 23 April lalu.

Wanita itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jumlah wang jaminan memandangkan tiada individu yang tampil untuk membayar wang ikat jaminnya.
loading...

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close