Berita Hari Ini - Dipukul sebelum dibakar

loading...

Berita Hari Ini - Dipukul sebelum dibakar

Kota Bharu: Seorang lelaki yang mati akibat melecur seluruh badan, semalam, dipukul di tempat lain sebelum dia dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Kebun Cherang Tuli, Pasir Puteh.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, dlam kejadian kira-kira 6 petang itu, suspek memukul mangsa akibat perselisihan faham sebelum mangsa secara tiba2 tidak sedarkan diri.

"Suspek yang menyangka mangsa meninggal dunia membawanya ke kebun kelapa sawit & membakarnya untuk menghapuskan bukti.

"Bagaimanapun, kejadian itu disedari oleh seorang wanita selepas terdengar mangsa mengerang kesakitan.

"Mangsa yg melecur seluruh badan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu enam suspek termasuk seorang wanita ditahan sejam selepas kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan:/
Dibakar di kebun sawit: http://hmtro.com/1cIEPh4




MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba

loading...

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close