BONGKAR!! Siapa Artis Wanita Peneman Golongan VVIP ini?

loading...


Golongan artis berkenaan berada dlam radar pemantau pihak polis & mendapati terdapat antara artis itu sudah mendirikan rumah tangga. Polis Bukit Aman sedang memantau sekurang-kurangnya 10 artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular selepas risikan mendapati mereka terjebak dlam kegiatan tidak bermoral sebagai peneman golongan VVIP dgn menerima bayaran lumayan, lapor Harian Metro.
Berdasarkan siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 utk satu malam termasuk aksi di ranjang. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, golongan artis berkenaan berada dalam radar pemantau pihaknya dan mendapati terdapat antara artis itu sudah mendirikan rumah tangga. “Berdasarkan maklumat risikan, kami mendapati mereka mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam. 
Bayaran bergantung kepada tahap popular mereka, semakin popular, semakin mahal. “Kebanyakan artis berkenaan mengenakan khidmat orang tengah yang bertindak sebagai pengatur pertemuan dengan VVIP,” ujarnya. Beliau mengingatkan artis berkenaan supaya jangan fikir mereka dikenali maka mereka boleh terlepas daripada tindakan undang-undang. Terdapat sumber mengatakan kebanyakan artis wanita berkenaan menggunakan orang tengah untuk menyasarkan golongan kenamaan bagi mengaturkan pertemuan penuh maksiat itu. 
 
Orang tengah itu merupakan individu yang berpengaruh dalam industri hiburan dan mengenali ramai kenamaan. Roslee berkata, biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, namun pihaknya mengetahui setiap pergerakannya. “Modus operandi orang tengah ini sangat licik kerana hanya mengaturkan pertemuan antara artis itu dan pelanggan serta memberitahu jumlah bayaran. “Selebihnya, pelanggan akan berunding sendiri dengan artis itu. 


 Selalunya pertemuan dimulakan dengan menjamu selera di restoran tertentu atau pelanggan akan membawa artis berkenaan ke bilik karaoke,” ujarnya. Sejurus selepas itu, katanya, artis berkenaan akan di bawa ke bilik hotel terkemuka kerana beranggapan lokasi itu selamat daripada serbuan.

loading...

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close