KES : WANITA MATI DIBUNUH TUNANG SENDIRI DI PUTRAJAYA!!

loading...
PUTRAJAYA - Mayat seorang wanita ditemui dlam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti berhampiran Cyberjaya.
Mayat mangsa, Rosshida Abdullah, 30, ditemui oleh orang @wam kira-kira 4.30 petang semalam sebelum dilaporkan kepada pihak polis.
Barang2 mangsa yang turut ditemui ialah tas tangan dan sekeping nota.
#Difahamkan, mangsa sebelum kejadian telah memaklumkan kepada ibunya, Salmiah, 61, agar menanti kepulangannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, jam 10 malam pada hari yang sama.
#"Arwah minta saya tunggu pada jam 10 malam kerana pesawatnya akan tiba pada jam itu dari Kuala Lumpur. Saya ke lapangan terbang dengan menaiki kereta sewa dari rumah, tetapi dia tidak juga kelihatan. Saya tunggu sampai jam 1 pagi sebelum nekad pulang selepas panggilan telefon tidak berjawab," katanya.
#Menurut Salmiah, mangsa memaklumkan mahu berhenti kerja sebagai juruwang di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor, kerana akan berkahwin dengan tunangnya yang tinggal di Berek 12, Kota Bharu, pada Aidilfitri ketiga. Malah, mangsa telah merancang mahu mengedarkan kad jemputan perkhawinan apabila pulang kelak.
#Salmiah yang hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh saudara terdekat bagaimanapun redha dengan apa yang berlaku.
#Menurut sumber, sekeping nota yang ditemui bersama mayat mangsa mengandungi luahan hati dan masalah serta tertekan kerana diburu oleh Ah Long selain dari meminta maaf. 
#Namun, perkara itu dinafikan oleh seorang individu bernama Bebes Enrique Onizuka di laman Facebook.
"Kes dah selesai. Tunang kepada arwah dah ditangkap kat Balai Polis. Nak putar alam tetapi terjerat sendiri. So, kepada semua, nota itu adalah rekaan suspek. Mangsa tiada kaitan dengan Along. Harap tiada yang berputar balik cerita tok (untuk) elakan dari fitnah, sekian," 
Menurut Bebes, mayat mangsa telah ditinggalkan beberapa hari di lokasi penemuan tersebut. Menjelaskan bagaimana suspek terkantoi sendiri, ini penjelasan Bebes.
"Selepas arwah dijumpai, suspek bersama abang arwah pergi ke Balai Polis untuk membuat tuduhan yang abang ipar arwah yang melakukan. Sedangkan (pada) ketika itu, abang ipar arwah berada di Johor sekitar waktu tarikh kejadian berlaku dan polis menyiasat kepada suspek dan banyak bercanggahan lalu memakan diri sebab banyak berdolak dalih. So, ketika suspek ditangkap, hampir-hampir orang lain teraniaya.  
loading...

1 comment:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close