Pecah Rahsia!! Farid Kamil Sembunyi Perasaan Cinta Terhadap Fazura

loading...







Menjayakan watak sebagai Budiman dlam filem terbaru terbitan Astro Shaw, Langit Cinta, pelakon & pengarah Farid Kamil tidak kisah menjayakan watak pembantu dlam filem Langit Cinta walaupun dirinya seringkali memegang watak hero dlam filem-filem lakonannya sebelum ini.

"Apabila saya mendapat naskah filem ini, saya meneliti & fahami skrip yng diberikan. Saya suka dengan karya terbaru arahan Osman Ali ini dan saya rasakan ianya sebagai sebuah karya menarik untuk saya jayakan, walaupun hanya sekadar memegang peranan pembantu," kata Farid memulakan perbualan.

#Pertama kali bergandingan dengan Nur Fazura, Keith Foo dan Siti Saleha dalam sebuah filem, suami kepada aktres Diana Danielle ini merasakan kombinasi pelakon filem Langit Cinta adalah sesuatu yang segar untuk tontonan penggemar filem tempatan.

#"Sebelum ini saya pernah bekerja dengan Osman menerusi filem Anak Halal. Namun begitu, ini kali pertama saya bergandingan dengan Fazura, Keith dan Saleha dalam sebuah filem. Sebagai seorang pelakon, saya menantikan watak sebegini dan gandingan segar seperti ini untuk perkembangan kerjaya saya sebagai seorang pelakon," katanya lagi.

#Bercerita serba sedikit mengenai wataknya dalam filem Langit Cinta, Farid yang memegang karakter sebagai Budiman memendam cintanya kepada Khadeja, lakonan Fazura.

#"Budiman seorang hero kampung yang bekerja sebagai nelayan. Budiman dan Khadeja membesar bersama sebagai kawan yang sangat rapat. Dalam masa yang sama, Budiman memendam rasa cintanya kepada Khadeja, namun Khadeja pula jatuh cinta kepada Alif, watak yang dibawakan oleh Keith," ujarnya.

#Filem terbitan Astro Shaw ini dijangka akan menemui penonton di pawagam pada penghujung tahun ini. Adaptasi novel dalam judul yang sama karya Damya Hanna bakal menemui pembaca bermula Ogos 2015.
loading...

1 comment:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close