Petua Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Pisang

loading...

Tidak ramai yg tahu kaedah merawat masalah jerawat, tidak kiralah masalah itu biasa ataupun teruk. Kita biasanya akan pergi ke farmasi utuk membeli krim merawat jerawat & sebagainya. Tetapi, tidak semua tahu bahawa kulit pisang boleh diguna utk menyembuhkan jerawat pada wajah secara efektif.

Caranya juga sangat mudah, ambil pisang yang tidak terlalu matang, namun juga tidak mentah. Setelah anda makan buah pisangnya, gosokkan kulit wajah yang berjerawat dgn kulit pisang tersebut secara perlahan namun menyeluruh ke wajah.

Gunakan bahagian dlam kulit atau bahagian putihnya. Jika wajah terlalu banyak jerawat & jerawat sedang meradang, anda boleh menghancurkan kulit pisang terlebih dahulu, kemudian tambahkan 1 sudu madu untuk dijadikan sebagai mask. Menggosok wajah yg jerawatnya sedang meradang merah akan memburukkan lagi masalah jerawat itu.

Jika bahagian dalam kulit pisang sudah berubah warna menjadi hitam kerana anda menggosoknya ke wajah, gantikan dengan kulit pisang yang baharu. Teruskan menggosok selama 10 minit. Setelah itu, biarkan kulit mengering. Jangan terus cuci! Biarkan kira-kira 2 jam barulah dibilas dengan air.
Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi hasil yang optimal. Hasilnya, jerawat akan hilang dari wajah!

Mudah, bukan? Siapa sangka kulit pisang yang biasanya kita buang, sebenarnya mempunyai manfaat besar kepada kulit wajah kita.
loading...

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close