• Sultan Johor titah pelaksanaan GST harus dikaji 
  •  Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bertitah dan merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim Jalan Bukit Timbalan, di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama

Sultan Pun Tak Suka GST - Sultan Johor titah pelaksanaan GST harus dikaji Kerana Membebankan Rakyat 

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim menegur kerajaan negeri & pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengenakan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan yng diberikan kepada rakyat.
  
"Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan yng diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dun Johor ke-13, di sini hari ini.
  
Baginda bertitah @dalah tidak masuk akal untuk mengenakan GST ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat & tidak wajar ia menjadi beban kpd rakyat.
  
Pelaksanaan GST yang bermula sebulan lepas juga harus sentiasa diteliti dn dikaji mengikut kesesuaian keadaan, titah baginda .
  
Mengenai pelaksanaannya, baginda bertitah kajian mendalam telah pun dibuat oleh kerajaan persekutuan sebelum sistem percukaian itu diluluskan, demi kepentingan kerajaan dan rakyat juga.  
  
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek dilaporkan sebagai berkata sebanyak 2,405 pegawai dan anggota penguat kuasa kementerian itu dibekukan cuti sejak sebulan lepas bagi memastikan setiap aduan mengenai pelaksanaan GST diambil tindakan.
  
KPDNKK turut melantik 427 orang anggota penguat kuasa baru-baru ini untuk memantau aduan orang ramai.
  
Setakat 30 April, KPDNKK telah mengeluarkan 1,026 notis menerusi Ops Catut membabitkan kesalahan menaikkan harga barang.     Persidangan Dun akan bermula Ahad ini hingga 18 Mei.
  
Turut berangkat ke majlis perasmian ialah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim. – Bernama