#Beliau yng hanya dikenali sebagai Wan Mohd. Ikhwan menulis luahan itu dengan memuat naik gambar majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada Aidilfitri lalu.

“Saya gembira dengan husnul khatimah awak. Cuma kadang-kadang bergenang sebab terasa kehilangan awak,” tulis beliau.

#Dalam luahan yng sama, Wan Mohd. Ikhwan yang kini bertugas di Hospital Kuala Krai, Kelantan turut mendoakan yang terbaik untuk Nor Atikah.

“Selamat berehat di sebaik-baik tempat berehat tunangku. Saya doa kita dapat jumpa semula di syurga nanti. Insya-Allah. Syurga itu mahal. Berjuang!,” katanya.

Luahan meruntun jiwa Wan Mohd. Ikhwan itu menerima sebanyak 22 reaksi daripada ahli keluarga dan sahabatnya yang turut terasa kehilangan Nor Atikah.

Doktor muda itu telah mengemas kini status laman sosial peri­badinya sejak berita mengenai kebakaran penginapan asrama RNRMU dilaporkan dalam beberapa media tempatan pada 24 April lalu.

Wan Mohd. Ikhwan (kiri) bergambar bersama Nor Atikah (dua dari

Beliau telah terbang ke Moscow pada Jumaat lalu dengan memuat naik gambar pasport Malaysia serta pesawat Turkish Airlines yang dinaikinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Nor Atikah antara 27 rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit dalam kebakaran penginapan universiti itu pada kira-kira 7.30 malam, 22 April lalu.

Beliau yang merupakan penuntut tahun akhir di RNRMU, melecur 30 peratus di bahagian muka, tangan dan kaki, meninggal dunia di Hospital Skifosovsky, Moscow kelmarin.