Apa Sudah Jadi!! Gaji Tinggal RM 19 Selepas Dipotong PTPTN tanpa Memberi Notis!!

loading...
ptptn

Apa Sudah Jadi!! Gaji Tinggal RM 19 Selepas Dipotong PTPTN tanpa Memberi Notis!! | Beberapa hari kebelakangan ini, ramai yang berkongsikan kekesalan mereka terhadap tindakan Perbadanan Tabung pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yg memotong gaji mereka tanpa dimaklumkan lebih awal. Sebenarnya sudah lama terjadi,admin dulu pun terkene juga... tanpa notis atau bagi tahu apa2 pun tengok2 slip gaji dah kene potong. Lag2 penjawat awam,sebab nama senang dikesan kerana penjawat awam berdaftar, rekod ada dalam hermis.

Difahamkan, PTPTN telah melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan peminjamnya sejak awal Disember ini.

Gambar slip gaji seorang penjawat awam yg dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh PTPTN pula viral di media sosial, mencetuskan lagi panik di kalangan peminjam PTPTN yang belum melangsaikan hutang mereka.

kp

"Ingat tak masa bulan 8 hari itu, saya ada kongsi tentang PTPTN ini. Pada masa itu, saya pergi untuk membayar tunggakan. Saya ada beritahu yang Pegawai PTPTN memaklumkan saya mengenai operasi besar-besaran bagi mengesan peminjam pada hujung tahun ini," kata Batrisyia Fauzan yang memuat naik gambar slip gaji tersebut di laman Facebooknya.

"Katanya, para peminjam diberi masa sehingga bulan Oktober untuk datang berunding dengan pihak PTPTN. Jika tidak berbuat demikian, pihak PTPTN akan membuat pemotongan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri.

"Rupa-rupanya memang mereka serius untuk berbuat demikian. Tadi dalam WhatsApp group pun kami kecoh berbincang mengenai perkara ini.


"Sudahlah sekolah akan dibuka tidak lama lagi, kasihannya kalau dipotong sampai seperti ini, baki gaji tinggal RM19 saja.

Nasihat admin, terutama penjawat awam,berhati2 pada zaman sekarang kerana kerajaan sudah macam along,tiada maaf tiada prihatin, semua naik semua dia gali.. jadi jangan terlalu taksub bila dapat gaji nak enjoy beli sana sini, beli kereta besar,cukuplah kereta second seperti kancil walau gaji sampai 4 k..
loading...

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close