Bunuh Perompak kerana Pertahana Diri dan Keluarga tetapi Zulkifli Bakal Dihukum Gantung, Dunia Akhir Zaman

loading...
MKL
Bunuh Perompak kerana Pertahana Diri dan Keluarga tetapi Zulkifli Bakal Dihukum Gantung, Dunia Akhir Zaman | 2 minggu lalu berlaku di Terengganu, seorang lelaki bernama Zulkifli yg tinggal di sebuah kampung bernama Labuhan di daerah Kerteh dilaporkan tlah menikam mati seorang perompak yg merompak rumahnya sendiri untuk mempertahankan diri & melindungi keluarganya.

Tahukah anda, Zulkifli tlah ditahan reman selama 14 hari & disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau & dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

Pada 27 November lalu, berita yg kami petik dari Facebook Selamatkan Zulkifli memberitahu bahawa mahkamah telah memutuskan Encik Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan bagi kes tersebut.
Berdasarkan makluman di page berkenaan, Ahad lalu keluarga nyata terkejut apabila kes Zulkifli telah kembali disebut di bawah 302 dan juga 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.000 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304

Dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, manakala tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. Encik Zulkifli juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Video Player
 
00:00
01:20

Memetik laporan The Malaysian Insider, Zulkifli berumur 50 tahun dimana beliau mempunyai 3 anak dan anak keduanya pula yang berumur 8 tahun menghidap autisme sedang melalui proses rawatan. Sehingga kini pertuturannya tidak jelas dan keluarga ini tidak mampu mendapatkan rawatan berkala buat anak ini kerana hospital yang menyediakan rawatan fisioterapi autisme terletak 120 kilometer dari rumah mereka.

Beliau juga dilaporkan adalah seorang yang tidak berada dimana rumah mereka amat kecil dan hanya memerlukan tidak sampai 10 langkah sudah sampai ke pintu belakang.

Namun ia tidak menghalang keluarga ini untuk hidup bahagia dengan mengamalkan kehidupan bergama.
Namun kini penghalang untuk kehidupan keluarga bahagia ini ialah ketua keluarga mereka, Zulkifli ditahan dalam lokap berpanjangan dan dianggap penjenayah.

Menurut isteri Zulkifli, Puan Zaimah, beliau kini tidak mampu untuk berniaga sarapan pagi seperti kebiasaan kerana terganggu dengan kes ini yang menyebabkan ekonomi keluarga terjejas selain ada segelintir mulut jahat yang menghina suaminya sebagai pembunuh membuatkan beliau lebih selesa berkurung bersama 3 anaknya dalam rumah sempit itu.

Cerita Zulkifli mengenai waktu kejadian kepada wakil Parti Sosialis Malaysia yang kami petik dari The Malaysian Insider, rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

bunuh perompak
Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri dan harta maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?

Bagaimanakah nasib keluarga ini jika Zulkifli dihukum mati atau dipenjara?
Malah menurut Zulkifli beliau hanya akan mewakili dirinya sendiri kerana tidak mampu untuk mengupah peguam.

"Tiada apa perlu diselindungkan, saya akan cerita sebiji-sebiji apa yang berlaku, Allah saksi saya dan saya teringin nak tanya pihak pendakwaraya atas alasan apa ingin dikemukakan beliau di mahkamah Allah nanti kerana mendakwa saya atas hak saya sendiri?" katanya. - Siakapkeli.my

Catatan peribadi dari anggota PSM Kelantan yang menyertai ziarah Abang Zulkifli jumaat lepas.
kol
Belia dan anggota yang lain sampai semula ke Kelantan sekitar jam 3 pagi. Sempat rehat beberapa jam kemudian terus kembali bekerja.

Ada 6 orang termasuk saya yang join ziarah pertama. Terdiri dari kalangan Pemuda Sosialis dan PSM Kelantan. Insya'allah mereka akan berkongsi pengalaman.


Setiap kali membaca kisah Encik Zulkifli, aku paksa diri untuk tahan air mata, sungguh aku tak mampu melafazkan kata-kata oleh kerana terlalu sebak mengenang kisah seorang hero keluarga.Alhamdulillah pada hari jumaat yang lalu aku diberi peluang menziarahi hero keluarga ini.Aku juga ingin berterima kasih kepada tuhan kerana menumpangkan aku bersama komrad PSM yang setiasa cakna untuk membela nasib rakyat yang ditindas.Aku bangga berada dalam bahtera perjuangan ini, ianya mampu melaksanakan cita-cita dan impian aku yang diajar sejak kecil oleh ummi dan ayah untuk berbakti kepada masyarakat.

Pada jam 5.00 pagi Ariff yang merupakan sahabat baik menghubungi aku untuk bangun awal bersiap untuk memulakan perjalanan ke Terengganu, aku begitu teruja dan bersemangat untuk memulakan jelajah ke Terengganu, hajat aku mahu jadikan ziarah ini sebagai aktivti bermanfaat pada hari minggu.Lokasi pertama aku untuk singgah di Jerteh berjumpa dengan keluarga Abah Zaid, aku ingin melahirkan rasa terharu dan jutaan terima kasih atas layanan yang diberikan, kami kenyang bertenaga untuk meneruskan perjalanan.Begitu berharga detik bersama, aku sebagai generasi baru dalam keluarga berazam ingin meneruskan ukhwah kekeluarga yang terbina sejak berzaman lagi.

Selepas melepasi Bandar Jerteh, Ariff memaklumkan bahawa minyak kereta perlu diisi untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, kami bukan orang yang kaya, aku baru tamat belajar masih berkira-kira untuk menyambung pengajian,sekarang hanya bekerja sebagai amatur designer sebuah syarikat di Kota Bharu, sementara Ariff pula masih belajar dan mengambil upah menjual stokin di Tesco pada malamnya oleh kerana siangnya terikat dengan waktu pengajian.Minyak kereta kami sama-sama kongsi duit kemudian Ariff telah memasak awal pagi untuk bekalan kami agar kekal bertenaga sepanjang perjalanan.

Setelah selesai beberapa aktiviti di Kuala Terengganu, aku bersama team Pemuda PSM mula bergerak ke Kerteh, lokasi rumah Encik Zulkifli hero keluarga yang kami sanjungi, kami bertolak pada jam 5.00 petang kemudian selamat sampai lebih kurang pada waktu hampir magrib.Setelah sampai aku yang belum sempat mengecam wajah En Zulkifli, lantas beliau memberi salam, dalam fikiranku mungkin inilah Encik Zulkifli.Apa yang membuatkan aku tahan air mata ialah,belum sempat kami keluar dari kereta,beliau datang “menyerbu” dan membuka pintu kereta menyambut kami, disamping itu kami dihadiahkan “pelukan erat seorang ayah” yang meraikan kehadiran kami.Situasi yang membuatkan aku bertambah kuat tahan air mata memikirkan nasib beliau.

Kami dijemput masuk ke rumahnya, belum sempat kami duduk , Encik Zulkifli tidak menyebut perkara lain selain menyuruh kami makan masakannya yang telah siap rapi. Dibukakan pintu kereta, dipeluk dengan penuh kasih sayang, kini dijamu pula dengan nasi minyak, perasaan malu menyelubungi aku.Beliau dengan nada gurauan mesra menyuruh kami makan sebanyak mungkin kerana bukan mudah nak makan Nasi Minyak khas dari Terengganu.Aku sebenarnya sangat malu kerana seperti “tertukar”, siapa sebenarnya yang perlu dibela,oleh kerana layanan Encik Zulkifli terlalu baik kepada kami.

Setelah makan kemudian kami solat seterusnya solat hajat, selepas itu kami mendengar kisah kejadian yang diceritakan Encik Zulkifli, aku hanya mampu mendengar tak mampu menterjemahkan apa-apa, begitu sebak dengan apa yang berlaku, seketika berada disana aku dapat rasa indahnya kebahagiaan keluarga Encik Zulkifli, aku tak dapat bayangkan perasaan anak-anak dan isteri jika Encik Zulkifli dikenakan hukuman berdasarkan undang-undang Malaysia yang jelas menindaskan Encik Zulkifli sekeluarga yang mempertahankan diri dari perompak.

Dari reaksi wajah Encik Zulkifli aku lihat beliau cukup tenang menghadapi semua ujian ini, beliau meletakkan segala kebergantungan kepada Allah S.W.T, beliau juga berani untuk tidak menggunakan khidmat peguam dan mampu berhujah dengan fakta sebenar di makhamah.Perkara yang demikian sangat mengujakan aku untuk dijadikan inspirasi dalam perjuangan.

Aku menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama bersolidariti dan mendoakan yang terbaik kepada Encik Zulkifli, anggaplah beliau adalah ayah kita semua, wajarkah kita sebagai anak hanya melihat kezaliman dan penindasan terus bermaharajalela di bumi bertuah ini.Ayuh kita nyatakan sokongan kepada Encik Zulkifli.

Berjuanglah ayah, anak disini akan selalu ada bersamamu.
Wan Muhammad Faisal Bin Wan Zain
30 DISEMBER 2015
loading...

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close