KANTOI!! Foto Terkantoi Polis Bantuan Merokok Di Zon Larangan Merokok

loading...


KANTOI!! Foto Terkantoi Polis Bantuan Merokok Di Zon Larangan Merokok  | RAKAMAN gambar 2 anggota polis bantuan merokok di zon larangan merokok telah tersebar di laman sosial sejak semalam. Kene Banteras Pihak berkuasa dahulu dilarang merokok baru boleh larang orang awam merokok...

Gambar terebut yang asalnya dimuat naik oleh sebuah page komuniti di Facebook telah mendapat 2700 ribu perkongsian sehingga ke hari ini.

Rata-rata netizen memberi kritikan & tidak kurang juga teguran ‘pedas’ terhadap anggota polis bantuan terbabit.

“Dia orang memang tak mahu ikut peraturan/undang-undang. Tetapi kita rakyat biasa diwajibkan pula ikut peraturan. Kalau tidak, kena saman,” kata seorang pengguna Facebook yang jelas sekali berang dengan tindakan dua anggota berkenaan.

Meskipun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati, tampil segelintir individu yang menyelar ‘keyboard warrior’ tersebut agar jangan bersikap hipokrit.

“Jangan jadi hipokrit dan menunding jari terhadap orang lain. Polis juga adalah manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan. Mungkin anda semua juga pernah merokok di tempat larangan mereka sama ada dalam sedar ataupun tidak,” katanya individu berkenaan.

Sewajarnya, mana-mana pegawai beruniform haruslah memberikan contoh dan teladan yang baik kepada orang awam.

Kalau dah terlalu ‘sangap’ nak merokok, carilah tempat yang bersesuaian.

Jangan kerana tindakan seperti ini, habis imej polis bantuan dan PDRM turut tercalar.

Sudahlah masyarakat kita suka mencari kesalahan orang, nanti makin teruk pula jadinya
loading...

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close