Semua tahu Paul Walker Sudah Mati, Pasti Ramai yang Belum Tahu PUNCA SEBENAR!

loading...
Dunia Global Ramai Dah tahu Paul Walker Da Mati, Tapi Pasti Ramai yang Belum Tahu PUNCA SEBENAR!

 Semua tahu Paul Walker Sudah Mati, Pasti Ramai yang Belum Tahu PUNCA SEBENAR! | Kemalangan yang mengorbankan nyawa pelakon filem Fast & Furios, Paul Walker pada hujung 2012 terus menjadi tanda tanya peminat pelakon itu dimana rata-ratanya masih ingin mengetahui punca nahas terbabit Pelbagai spekulasi timbul selepas kemalangan itu dan menurut laporan awal mengatakan kemungkinan punca kemalangan itu disebabkan masalah kereta dan laporan menyebut berlaku kerosakan mekanikal pada stereng Porsche Carrera GT yang dipandu rakannya, Roger Rodas.







Paul Walker (kiri), Roger Rodas (kanan)

: punca paul walker mati kemalangan kereta porsche carrera gt Menurut portal berita TMZ, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber yang ada kaitan dengan kedai yang menyimpan dan menyenggara kereta tersebut, Always Evolving kemungkinan berlaku kebocoran pada minyak stereng kuasa Malah sumber memberitahu TMZ, ada melihat kesan cecair sebelum kesan tayar di tempat kejadian

Dalam laporan lain pula mengatakan kelajuan merupakan faktor kemalangan tersebut berdasarkan kesan pelanggaran yang teruk

Bagaimana pun dakwaan kelajuan merupakan punca kemalangan itu dinafikan oleh beberapa pihak kerana, Roger Rodas adalah seorang pelumba kereta yang berpengalaman mustahil untuknya hilang kawalan disebabkan kelajuan dan dakwaan tersebut juga dikatakan tidak masuk akal

Dalam pada itu, pasukan penyiasat masih lagi menjalankan siasatan berhubung kemalangan terbabit bagi mengenalpasti punca sebenar nahas

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, Paul Walker yang berusia 40 tahun itu duduk di bahagian penumpang bersama Roger Rodas yang memandu kereta Porshe Carrera GT dilaporkan gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebatang pokok di sisi  jalan


Impak pelanggaran itu turut mengakibatkan kenderaan tersebut meletup dan terbakar Kematian Walker juga mengejutkan peminatnya, lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuah trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar
loading...

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close