Kantoi!! Tahu Tak WWE Tu Cuma Lakonan,Yang Sebenarnya Ada Mesej Hendak Disampaikan.

loading...

Semua Orang Tahu WWE Tu Cuma Lakonan,Tapi Sebenarnya Ada Mesej Yang Hendak Disampaikan. | Rancangan gusti World Wrestling Entertainment (WWE) merupakan rancangan televisyen yang paling popular di Amerika Syarikat dan seantero dunia. Jumlah penonton Monday Night RAW yang merupakan rancangan bersiri paling lama dalam sejarah dunia, akan mencapai episod ke-1,000 pada bulan depan, mengalahkan semua rancangan televisyen dan juga acara sukan yang lain.
Sandiwara dalam gusti
Apa yang menarik tentangnya? Ia bukan sahaja bertahan sejak sekian lama tetapi mengungguli segala rating rancangan lain. Barangkali semua orang tahu (kecuali kanak-kanak bawah 12 tahun) bahawa segala drama, perlawanan dan skrip telah diaturkan sejak dari awal yang dilakonan untuk rancangan ‘per-per-view’ mereka seperti ‘SummerSlam’, ‘Over The Limit’, ‘Wrestlemania’ dan sebagainya.
Ini sebuah contoh skrip yang standard, ada dua ahli gusti, satu yang baik baik dan satu lagi jahat. Sesiapa dalam kumpulan baik akan cuba menjadi popular dan memenangi hati penonton manakala setiap perbuatan jahat bertujuan menjengkelkan penonton. Si penggusti A tidak puas hati dengan penggusti B untuk apa jua alasan pun. A akan ganggu perlawanan B,  B akan ganggu kembali perlawanan A. Ini akan berlarutan untuk beberapa minggu dan akan diselesaikan dalam mana-mana acara kemuncak ‘pay-per-view’ mereka.
Yang menariknya, walau pun ada skrip, tiada siapa yang akan tahu kesudahannya. Ia seperti satu reality show yang diminati ramai yang mana ia juga disediakan skrip walau pun dicanangkan sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku tanpa lakonan.
Kegilaan drama WWE masa kini
Skrip dalam WWE yang sedang dihidangkan kini banyak mengingatkan kita tentang negara ini. Dalam siri masa kini, Pengurus Besar Monday Night RAW dan Smackdown, dua siri utama mingguan WWE, John Laurinaitis yang berwatak jahat bersikap amat menjengkelkan. Slogan beliau ialah ‘People Power’ atau ‘kuasa rakyat’. Indah bunyinya tetapi ironinya wataknya ialah menindas para penggusti ‘baik’.
Yang sering menjadi mangsa ‘People Power’ ini ialah juara-juara gusti CM Punk dan John Cena dari kumpulan baik. Sebagai contoh, apabila CM Punk lantang mengutuk pentadbiran Laurinaitis, beliau sebagai pengurus besar mengaturkan perlawanan-perlawanan yang tidak adil seperti perlawanan tiga lawan satu atau membenarkan ahli gusti jahat melakukan penipuan.
Di sekeliling Laurinaitis ini terdapat konco-konco yang kerja mereka hanyalah mengampu, membodek dan mencacai bos mereka. Antara yang paling ketara ialah David Otounga (lulusan undang-undang Harvard) dan Eve Torres. Bagi mereka, bos merekalah yang terbaik, bos merekalah yang maksum, bos inilah harus ditaati tanpa sebarang soalan.
Buat apa bodek bos? Supaya dapat senang mendapat apa yang mereka mahukan. Sama ada merebut kejuaraan, pangkat yang besar atau pun habuan wang.
Pemerintahan beliau yang zalim ini hampir ditamatkan dalam acara ‘Over The Limit’ baru-baru ini apabila lembaga pengarah WWE mahu Laurinaitis yang sudah berumur bertarung dengan  John Cena yang masih gagah. Syaratnya, Laurinaitis tewas, beliau akan dipecat daripada jawatan pengurus besar. Maka bergembiralah penonton menanti saat perubahan itu.
Sayangnya, pada saat-saat akhir, apabila John Cena hampir memenangi perlawanan tersebut, tiba-tiba ahli gusti yang ‘baik” bernama Big Show datang menyelamatkan Laurinaitis. Sedangkan pengurus besar itu telah memecat Big Show pada minggu sebelumnya kerana suka mengajuk suara Laurinaitis yang agak serak basah.
Kenapa Big Show sanggup berbuat demikian? Kerana walau pun ahli gusti itu dari kalangan yang ‘baik’, beliau terpaksa melakukannya kerana ‘carma’, kerana sudah seminggu menganggur dan kerana tawaran kontrak yang lumayan untuk diterima berkerja semula dalam WWE.
Tidak lupa juga watak perempuan puaka Vikki Guererro. Setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya amat menjengkelkan dan dibenci. Setiap kali beliau bercakap dengan nyaring dengan kata-kata jeritan “excuse me”, sudah pasti penonton akan ‘boo’ dengan sangat kuat.
Sekurang-kurangnya WWE menghiburkan…
Banyak adegan-adegan gusti WWE mengingatkan saya tentang keadaan politik di Malaysia. Jika watak jahat WWE mempromosikan “People Power”, kita ada 1Malaysia. Kita juga pernah ada Cemerlang, Gemilang, Terbilang”. Malah kita pernah ada “Bersih, Cekap, Amanah”. Tetapi hasilnya, lebih RM1,000 bilion ringgit wang rakyat dan hasil sumber negara hangus deka korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa sejak suku abad yang lalu.
Hakikatnya, betapa zalim pun watak-watak jahat dalam WWE, golongan baik akhirnya menang juga, Itu tuntutan penonton. Sebab itulah daya penarik WWE yang kekal daya ketahanannya adalah kejayaan memenuhi aspirasi dan cita-cita penonton. Sekurang-kurangnya drama dan sandiwara WWE menghiburkan, kadang-kadang ada jenakanya, selalu pula ketegangan sentiasa ada di hati penonton.Yang amat menjengkelkan ialah politik di negara kita. Walau pun ada banyak persamaan amalan politik Malaysia, khususnya politik kotor UMNO dan Barisan Nasional, ia bukan satu rancangan TV. Ia adalah hakikat pedih yang terpaksa diharungi rakyat Malaysia.
Jika kekotoran yang penuh kezaliman dan kekejaman ini tidak diubah, maka kita semua akan terus menderita buat selama-lamanya. Tidak mungkin akan ada hero gusti datang menyelamatkan kita. Hanya kita sendiri menjadi penentu kepada perubahan untuk kehidupan yang lebih baik, aman, adil, saksama dan selamat
loading...

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close