"DIBAH PERGI DULU SELAMAT TINGGAL IBU DAN AYAH" HANYA 6A UPSR INI DARI DIBAH (4GAMBAR) SAYU DAN PILU

loading...


"DIBAH PERGI DULU SELAMAT TINGGAL IBU DAN AYAH" HANYA 6A UPSR INI DARI DIBAH (4GAMBAR) SAYU DAN PILU | Hanya dapat memberi sedikit senyuman sementara kepada keluarganya dengan pencapain cemerlang 6A semua subjek dalam UPSR baru-baru ini. Itulah Hadiah Istimewa dan paling berharga.


artikel berkaitan : Video Kejam Budak Lelaki Dibakar Hidup-Hidup Kerana Curi Makan


Kota Bharu : Pesakit kanser kelenjar Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, 12, yang memperoleh 6A dalam UPSR meninggal dunia, awal pagi ini.
Anak bongsu pasangan guru, Wan Mazlan Wan Hassan, 50, dan Ani Harun, 48, menghembuskan nafas terakhir ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, kira-kira 4 pagi ini.
Wan Mazlan berkata, anaknya dimasukkan ke hospital, 4 September lalu, selepas mengalami penyusutan berat badan yang amat ketara kerana hilang selera makan selain keadaanya yang agak lemah.




"Hampir 3 bulan arwah Wan Adibah mendapatkan rawatan di hospital, namun dia pergi dengan tenang, awal pagi ini. Kami sekeluarga reda..
"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Besar Pasir Mas, selepas solat jenazah di rumah Kampung Dangar, kira-kira 11 pagi ini," katanya ketika dihubungi.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, Wan Adibah yang menghidap kanser kelenjar menjadi kebanggaan sekolahnya apabila memperoleh 6A dalamUPSR.
Allahyarham adalah antara tiga calon cemerlang di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas dan dimasukkan ke HUSM.
Arwah dimasukkan ke ke hospital sejak 4 September lalu iaitu sehari sebelum menduduki peperiksaan itu.

Marilah Kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah semoga aman dan tenang di sana.

loading...

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close