Jakarta : Akibat 'Tayangan' Video Lucah Jalan Raya Di Jakarta Sesak, Adakah Ia Digodam?

loading...


Jakarta : Akibat 'Tayangan' Video Lucah Jalan Raya Di Jakarta Sesak, Adakah Ia Digodam?Apa yang akan terjadi sekiranya 'billboard' yang boleh memaparkan video, secara tiba-tiba 'ter'-paparkan video lucah?? Kemalangan? Kesesakan lalu lintas?? Apa lagi yang ada dalam fikiran anda?? Hanya anda sahaja mampu menjawabnya.

Itulah yang terjadi di Jakarta Selatan,Indonesia yang berlaku pada pukul 2 petang baru-baru ini lalu mengakibatkan kesesakan luar biasa disebabkan pemandu yang dengan sengaja memperlahankan kenderaan sama ada mahu menonton mahupun merakam 'kejadian' tersebut. Tayangan free pasti para lelaki dan wanita akan menontonnya walau dalam keadaan malu.

Susulan itu seorang pegawai pihak berkuasa Kebayoran Baru, Bowo Sukindro, mengatakan bahawa pihaknya telah dengan segera menghantar petugas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat yang menyatakan billboard keluar tayangan lucah.

Jurucakap pihak berkuasa Jakarta Selatan, Lestari Ady Wirdoyono berkata pihaknya segera memutuskan bekalan elektrik ke papan iklan elektronik berkenaan bagi 'meredakan' suasana dan trafik yang semakin sesak, dek kerana ada yang berhenti untuk menonton 'tayangan percuma' berkenaan yang berdurasi 20 minit.

Tidak dapat dipastikan punca kejadian, sama ada ianya digodam ataupun tindakan sabotaj dari individu tertentu, kerana ia bukan milik pihak berkuasa sebaliknya dikendali oleh sebuah syarikat. 


Ermmm malu kalau orang dapat tahu, adakah yang jaga atau control billboard melayan video tak senonoh ini lepas tu tersalah klik buat tayangan direct ke billboard, mana tahu kan. Jangan anda semua melayan video lucah ketika berkerja. Hehehe

Via > Harian Metro
loading...

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close