10 Inilah tanda Kanser pada Kanak-kanak

loading...
10 Inilah tanda Kanser pada Kanak-kanak | Inilah tanda-tanda dan untuk kita kenalpasti bahaya anak kita ada siptom kanser atau tidak. Anda boleh firts impresion untuk ini, kena ambil tahu dan ambil berat sebelum terlambat.

https://palingbusuk.blogspot.com/2018/09/10-inilah-tanda-kanser-pada-kanak-kanak.html


Berikut adalah tanda-tanda kanser pada kanak-kanak yang tidak harus di lepas pandang oleh anda.

#1 Hidung kerap berdarah

Kanak-kanak boleh mengalami hidung berdarah - disebabkan oleh saluran darah kecil di bahagian hadapan hidung mereka, dan ia akan semakin menebal selepas baligh.

Namun, jika kanak-kanak mengalami hidung berdarah yang terlalu kerap, sehingga empat atau lima kali sebulan, ia mungkin adalah sebuah amaran bagi kanser.

Menurut Hospital Universiti Kebangsaan di Singapura, hidung yang kerap dan secara berterusan berdarah adalah gejala bagi Leukemia Limfoblastik Akut (LLA), di mana ia adalah sejenis kanser yang biasa ditemui pada kanak-kanak.

#2 Kudis yang sukar sembuh

Kanak-kanak yang aktif boleh mendapat luka sekali-sekala apabila mereka bermain sukan atau aktiviti lasak yang lain. Namun, gejala lain yang harus diperhatikan adalah kudis yang kelihatan tidak sembuh dan berpanjangan.

Kudis ini boleh berada di mana-mana sahaja bahagian badan yang sukar untuk sembuh, seperti kudis di atas kulit, kemaluan (zakar atau faraj), atau rongga mulut. Tindakan segera harus diambil dan jangan lepas pandang untuk gejala ini.

#3 Kelenjar nodus limfa membesar

Walaupun tidak sakit, namun kelenjar nodus limfa yang semakin membesar boleh menjadi sebuah tanda bagi penyakit Limfoma non-Hodgkin.

Limfoma adalah disebabkan oleh tumor yang bermula dalam kelenjar limfa. Gejalanya termasuklah bengkak di bahagian leher, ketiak, pangkal paha, dada dan abdomen – di semua bahagian terletaknya kelenjar nodus limfa.

Nodus limfa yang berhampiran dengan permukaan kulit badan – seperti di tepi leher, di pangkal paha, ketiak atau di bahagian atas tulang selangka – adalah mudah untuk dilihat atau dirasa seperti sebuah ketulan di bawah kulit.

#4 Penurunan berat badan yang tak dapat dijelaskan

Jika kanak-kanak kehilangan berat badan dengan mudah walaupun tanpa sebarang perubahan dalam pemakanan, diet atau senaman, maka ibu bapa seharusnya pantas membuat temu janji dengan doktor.

Kanak-kanak boleh kehilangan berat badan jika mereka tidak mengambil jumlah kalori yang mencukupi, atau membakar lebih banyak kalori daripada biasa.

Namun jika mereka mula kehilangan berat badan yang banyak dalam sesuatu masa, ia mungkin adalah sebuah petanda bagi penyakit yang tersembunyi – termasuklah kanser, menurut kata pakar perubatan.

#5 Sesak nafas

Sesak nafas atau kesukaran untuk bernafas adalah sebuah gejala yang serius bagi kanak-kanak, dan lawatan ke pejabat doktor atau bilik kecemasan harus dilakukan. Sesak nafas boleh menjadi salah satu tanda bagi kanser dalam kanak-kanak yang mungkin anda lepas pandang.

Menurut Institut Kanser Universiti Kebangsaan, Singapura, sesak nafas boleh menjadi sebuah tanda bagi leukemia kanak-kanak, yang merangkumi hampir daripada 40% dalam semua kanser kanak-kanak di Singapura.

#6 Benjolan

Satu lagi tanda bagi kanser adalah kehadiran benjolan, kebiasaannya pada bahagian abdomen atau kaki dan tangan.

Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK telah menyatakan bahawa bengkak di bahagian abdomen mampu menunjukkan tumor Wilm, sebuah kanser buah pinggang yang berlaku pada kanak-kanak yang amat muda.

#7 Perubahan tingkah laku yang tak dapat dijelaskan

Beri perhatian sepenuhnya jika anda mendapati anak anda berkelakuan luar biasa, kerana ia mungkin adalah petanda bagi sebuah perkara yang tidak kena.

Menurut Institut Perubatan Kanak-kanak di Hospital Universiti Kebangsaan, perubahan tingkah laku ini boleh menjadi petanda kanser, bersama-sama dengan perubahan dalam personaliti dan prestasi di sekolah.

#8 Sakit kepala
Sakit kepala yang berterusan juga boleh menjadi salah satu daripada tanda kewujudan tumor dalam otak, menurut kata Pusat Kanser Kebangsaan, Singapura (NCCS).

Hal ini kebiasaannya disebabkan oleh tekanan yang meningkat dalam tulang, diakibatkan oleh benjolan – lalu tulang dalam struktur tulang badan tidak boleh berkembang.

#9 Muntah
Kanak-kanak boleh muntah atas pelbagai sebab – seperti keracunan makanan, batuk yang teruk atau selesema, atau juga selesema perut. Namun, menurut kata NCCS lagi, kanser yang memberi kesan kepada otak juga boleh mengakibatkan gejala muntah.

Jika anak anda sering kali loya dan mempunyai masalah untuk mengekalkan pengambilan makanan dan minumannya, hal ini lebih daripada sekadar sebuah sakit perut yang biasa. Anda harus membawa si manja mendapatkan pemeriksaan yang segera.


loading...
Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close